SIKAP, DISIPLIN DAN PERKEMBANGAN PASUKAN
PENGENALAN
Kursus ini bertujuan untuk menambahbaikan kemahiran penyeliaan seorang penyelia atau ‘line leader’ untuk mengubah sikap dan disiplin operator dalam sesuatu organisasi. Ia juga mendedahkan penyelia atau ‘line leader’ kepada cara-cara untuk membina pasukan dikalangan operator-operatornya. Kursus ini akan bertumpu kepada kemahiran-kemahiran penyeliaan untuk menanamkan sifat-sifat harga diri, disiplin, pemikiran positif di kalangan operator yang akan membawa kepada penambahbaikan produktiviti dan penyelesaian masalah.
OBJEKTIF KURSUS
1. Membaiki kemahiran penyelia dalam menghadapi cabaran produktiviti.
2. Mendidik penyelia mengenai cara-cara membina pasukan di kalangan operator demi untuk mencapai matlamat organisasi.
3. Mengenal pasti asas-asas berpasukan dan kepentingan pembinaan pasukan untuk
meningkatkan produktiviti.
4. Mendedahkan penyelia dan ‘line leader’ kepada kemahiran untuk menangani
masalah sikap dan disiplin operator mereka.
KANDUNGAN KURSUS
Hari Pertama
MODUL 1- KEMAHIRAN MEMAHAMI SIKAP OPERATOR
• Apa itu sikap operator?
• Sikap dan personaliti
• Sikap operator dan persekitaran tempat kerja
• Bagaimana penyelia dapat mengubah sikap operator
• Sikap dan pencapaian kejayaan dalam kerjaya
• Keperluan pembaharuan sikap
• 10 keperluan operator daripada kerja mereka
MODUL 2- MENGENAL PASTI TAHAP DISIPLIN OPERATOR
Kemahiran penyelia mengenal pasti tahap disiplin operatornya melalui
• Kesanggupan bekerja mengikut keperluan
• Tanggungjawab
• Amanah
• Peraturan
• Pengurusan masa
• Pengurusan bahan
• Pengurusan harta benda
MODUL 3- KEMAHIRAN MENANGANI MASALAH DISIPLIN
OPERATOR
• Keperluan asas penyelia untuk menyelesaikan masalah disiplin
• Ciri-ciri penting dalam prosedur disiplin
• Jenis jenis tindakan disiplin
• Rayuan
• Cara mengendalikan sungutan
MODUL 4- KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
• Renungan mengenai diri
• Disiplin di kalangan penyelia dan ‘line leader’
• Ciri-ciri penyelia dan ‘line leader’ yang mempunyai konsep kendiri yang positif
• Tanggapan kepada halangan yang membantutkan kecemerlangan
• Kenapa manusia tidak bermotivasi
• Peranan penyelia dalam pengeluaran dan produktiviti
MODUL 5- PEMBINAAN PASUKAN
• Peranan penyelia untuk membina pasukan di kalangan operator
• Proses berpasukan
• Pasukan berkesan dan cara-cara penyelia mengukur prestasi operator
• Bagaimana penyelia mengenal pasti pasukan yang bermasalah
• Cara-cara penyelia menambahbaikan prestasi pasukan
• Penyelesaian masalah dengan pasukan
Pengendalian Kursus
Sesi teori akan diikuti dengan praktikal dan perbincangan umum.
Bahan-bahan kursus akan direka secara profesional untuk kemudaham pemahaman dan aplikasi.
Jenis Peserta / Para Hadirin Kursus
Penyelia dan ‘line leader’.
Bilangan Peserta
Sebaik-baiknya 20 peserta untuk keberkesanan yang lebih cekap kerana fasilitator kursus boleh memberi tumpuan secara individu.
No comments:
Post a Comment